sandalwood

Pokok cendana merupakan tumbuhan semi-parasit. Penggunaannya dapat dikesan sejak empat ribu tahun yang lalu. Pokok cendana mengalami pertumbuhan yang amat perlahan, dan biasanya mengambil masa beberapa dekad untuk menjadi matang.

Hal ini menyebabkan ia sangat bernilai memandangkan terdapat permintaan yang tinggi tetapi hasil keluarannya agak sedikit. Sejak purba kala hingga sekarang, kayu cendana dan minyak esennya tetap dianggap sebagai kayu yang jarang didapati dan sangat berharga. Minyak esen Cendana juga dikenali sebagai “Cecair Emas”. Ia merupakan bahan pewangi yang paling tua. Minyak esen Cendana bagaikan pewangi semula jadi kurniaan alam dengan keharuman yang unik dan menyegarkan. Minyak esen Cendana sering digunakan dalam Aromaterapi untuk menenangkan jiwa dan perasaan khususnya ketika bermeditasi. Aroma yang dibebaskan boleh mendatangkan pelbagai manfaat kesihatan, antaranya termasuk menyegarkan jiwa, menenangkan emosi, melegakan tekanan, melancarkan pernafasan, meningkatkan kualiti tidur, dan melaraskan endokrin. Seluruh badan anda seolah-olah menyelami aroma minyak esen Cendana yang begitu menyegarkan dan menyamankan, dan dilimpahi dengan nikmat kebahagiaan dan rasa ketenangan.

Kesan rawatan terhadap kulit:

  • Cendana merupakan sejenis minyak esen pengimbang yang bermanfaat untuk menglegakan masalah penuaan kulit, tahap kelembapan yang rendah dan kulit kering yang meruam.
  • Minyak esen Cendana boleh membantu memulihkan dan meningkatkan daya pengekalan kelembapan kulit, di samping melembutkan lapisan kulit yang keras dan menggebukan kulit.
  • Membantu memulihkan tisu dan parut, melegakan dan mengecutkan jerawat.
  • Minyak Esen Cendana mempunyai pelbagai fungsi, termasuk menyegarkan perasaan, anti-bakteria, menenangkan jiwa, mengekalkan kelembapan, menegangkan kulit, dan melembapkan kulit.
  • Merawat luka ringan pada kulit, melegakan gatal dan radang kulit.
  • Membekalkan khasiat dan anti-penuaan.