dragon blood

Pokok Darah Naga merupakan sejenis tumbuhan unik di Pulau Socotra yang telah digunakan oleh masyarakat tempatan sejak turun-temurun untuk merawat penyakit dan mengawet muda. Ia juga mempunyai jangka hayat yang sepanjang 8000 tahun, dan sering digelar sebagai “Pokok Awet Muda”. Resin berwarna merah gelap yang mengalir keluar dari luka pohonnya mempunyai kesan perawatan yang mujarab, dan juga memberi kesan awet muda yang menakjubkan. Khabarnya bintang filem termasyhur di Hollywood juga mengawet muda menggunakan Darah Naga. Kandungan “anti-penuaan” dalam resin Darah Naga sering dijadikan sebagai rahsia penjagaan kecantikan wanita tempatan. Selain sebagai rahsia awet muda untuk golongan wanita, resin Darah Naga dipercayai mempunyai kuasa sakti yang sering digunakan oleh bomoh tempatan sebagai penawar untuk merawat penyakit dan memanjangkan umur. Menurut pakar perubatan Cina, resin Darah Naga adalah herba bernilai tinggi dan berfungsi untuk mengaktifkan darah dan menggalakkan pertumbuhan otot. Ia sering digunakan bersama dengan Frankincense myrrh untuk menegangkan kulit dan menyembuhkan ulser. Kesan Darah Naga dalam penjagaan kecantikan telah terbukti secara saintifik, ekstraknya kaya dengan bahan yang mampu mencerahkan, menegangkan dan melicinkan kulit.

  • Ekstrak Darah Naga kaya dengan antioksidan dan fenolik yang mampu melindungi dan memulihkan sel-sel kulit.
  • Ia mengandungi antosianin yang berkesan untuk melindungi dan memulihkan struktur sel.
  • Merawat luka, menghentikan pendarahan, mempercepatkan penyembuhan luka dan mencegah jangkitan.
  • Flavonoid adalah ramuan utama dalam Darah Naga, banyak hasil kajian yang membuktikan bahawa ramuan ini mempunyai fungsi anti-bakteria, anti-virus dan antioksidan yang ketara untuk melegakan bengkak dan keradangan kulit.
  • Menggalakkan penyembuhan jerawat dan luka.